GEORGE TOWN, 24 Januari- Seramai 800 petugas Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditugaskan sepanjang sambutan perayaan Thaipusam.
Selain itu, sebanyak 19 unit jentera turut digunakan secara "task force" sehingga 27 Januari ini.
Menurut MBPP, penugasan tersebut dilakukan bagi memastikan kawasan yang terlibat kembali bersih seperti sediakala untuk keselesaan para pengunjung dan orang awam.
"Terima kasih kepada semua pengunjung yang memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan wira baju kuning menjalankan tugas-tugas pembersihan," katanya menerusi hantaran di facebook rasmi MBPP.