fb fb fb fb fb

79 kawasan dikenal pasti bagi Ops Selamat Hari Raya Aidilfitri

M Kumar

JOHOR BAHRU, 6 April- Sebanyak 48 kawasan titik panas, dan 31 kawasan titik hitam dikenal pasti, bagi penguatkuasaan Ops Selamat Hari Raya Aidilfitri, bermula 8 hingga 13 April ini.

Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata, operasi di Johor akan fokus kepada kesalahan jenayah pecah rumah, serta mengurangkan kemalangan jalan raya.

Penunggang motosikal menyumbang angka tertinggi dalam kemalangan maut, iaitu 67 peratus.

Antara kesalahan lain yang akan diberi fokus ialah pandu laju, pandu di lorong kecemasan, potong garisan berkembar, potong barisan, langgar lampu isyarat, serta menggunakan telefon ketika memandu.

"Seramai 1,730 anggota untuk pastikan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi. Saya minta pengguna jalan raya bantu kami untuk memudahkan urusan," katanya dalam Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Ops Selamat, di Plaza Tol Kempas, di sini.

Dalam program sama, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyumbang topi keledar baharu yang diperakui SIRIM, kepada penunggang motosikal yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Penguatkuasaan juga akan tertumpu di semua pintu keluar dan masuk negara, di Johor.

Selain itu, pihaknya menjangkakan akan berlaku penambahan jumlah kenderaan sehingga tiga kali ganda di Johor, menjelang musim perayaan Aidilfitri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI