fb fb fb fb fb

772 calon SPM 2023 di Perak peroleh semua A

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson

IPOH, 27 Mei - Seramai 772 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Perak berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A, A+ dan A- dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Mohamad Fauzi Mahson berkata, seramai 25,227 calon layak menerima sijil SPM daripada 27,259 calon telah hadir dan menduduki peperiksaan tersebut.

Jelasnya, 58.33 peratus atau seramai 15,900 calon di negeri itu berjaya memperoleh keputusan lulus bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

"Seramai enam orang calon memperoleh kesemua A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 3,458 calon ataupun 12.69% pada tahun 2023", katanya yang ditemui pada Sidang Media Analisis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 di bangunan Jabatan Pendidikan Negeri di sini.

Ujarnya, jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar berjaya dikecilkan pada kali ini iaitu 0.01 berbanding 0.02 pada tahun 2022.

Manakala bagi Gred Purata Negeri (GPN) ujarnya, nilai yang dicatatkan tahun ini adalah 4.75 berbanding 4.92 tahun lalu, iaitu peningkatan 0.17 mata.

Seramai 31,408 orang calon daripada pelbagai kategori telah mendaftar peperiksaan SPM 2023 di 323 buah pusat peperiksaan di negeri Perak.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD