fb fb fb fb fb

755 calon SPM 2023 Pulau Pinang peroleh semua A

Foto RTM

GELUGUR, 27 Mei- Seramai 755 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pulau Pinang berjaya mencapai keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Abdul Said Hussain berkata, daripada jumlah itu, 5 calon mendapat semua A+ bagi semua mata pelajaran. 

"Jumlah A+ A dan A- meningkat daripada 688 calon mempunyai semua A menjadi 755 calon yang mempunyai keputusan A.

"Kita lihat dua subjek utama Bahasa Melayu dan Sejarah pun sudah meningkat dari 90.21 bagi tahun 2022 meningkat ke 92.64 % bagi tahun 2023 satu peningkatan yang agak baik", katanya demikian katanya kepada media selepas mengumumkan keputusan SPM bagi negeri Pulau Pinang di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPNJ) pada pagi tadi.

Gred purata negeri yang dicatatkan untuk SPM pada tahun 2023 adalah 4.49.

Katanya seramai 17,237 calon yang menduduki peperiksaan, namun sebanyak 15,655 calon layak menerima sijil. 

Tambahnya terdapat 29 sekolah di negeri berkenaan mencapai kelulusan 100 peratus dan layak menerima sijil. 

Seramai tiga calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) pula mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 9A dan lulus semua mata pelajaran.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD