fb fb fb fb fb

71,290 calon lepasan STPM, setaraf ditawar masuk UA

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 September-Seramai 71,290 calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf ditawar tempat ke universiti awam (UA).

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pihaknya telah menerima 105,424 permohonan yang layak bagi lepasan STPM dan setaraf untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline.

"Secara keseluruhannya, sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.

"Pemilihan pelajar dibuat dengan menggunakan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

"Bagi calon yang tidak mendapat tawaran, KPT kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline bermula 6 September sehingga 15 September," menurut kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM