fb fb fb fb fb

7 laras senapang angin bagi tujuan berburu dirampas


MELAKA, 6 Januari- Polis Melaka berjaya menahan seorang lelaki dan merampas 7 laras senapang angin yang menyerupai senapang sebenar.

Ini termasuk peralatan senapang angin yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru Melaka, Selasa lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan bersama senapang angin dalam serbuan OP Laras pada pukul 1.15 tengahari.

"Komponen senapang ini diimport dari luar negara secara tidak sah dan dibawa balik ke rumah suspek dan membungkus komponen senapang tersebut untuk dijual kepada pelanggan,

"Senapang angin tersebut dijual dengan harga 3 ribu 500 ringgit selaras dandijual kepada kenalan terdekat sahaja," jelasnya dalam sidang media di IPK Bukit Beruang.

"Senjata senjata ini digunakan bagi tujuan memburu, tetapi hasil daripada uji tembak yang dibuat bahagian pensenjataan IPK Melaka mendapati senjata ini boleh mengancam nyawa manusia jika disalah gunakan,"

"Ini kerana kami mendapati peluru 'ball bearing' yang diimport itu bukan ball bearing biasa, tetapi ball bearing itu boleh menyebabkan kematian," jelasnya.

Menurutnya lagi, suspek yang mempunyai 3 rekod jenayah dan pernah ditangkap pada tahun lalu kerana terlibat penyeludupan senjata riffle.

Kes di siasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan suspek direman sehingga 8 Januari ini.

Media Baharu