fb fb fb fb fb

677 pusat jagaan kanak-kanak, lebih seribu taska tidak berdaftar

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Sebanyak 677 pusat jagaan kanak-kanak dan 1,329 taska dikenal pasti tidak berdaftar bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, daripada jumlah tersebut sebanyak 274 pusat jagaan telah diambil tindakan.

"Sejak tahun 2020 hingga kini sebanyak 274 tindakan penguatkuasaan telah diambil bawah Akta Pusat Jagaan 1993 terhadap pusat jagaan yang melanggar peraturan. Setakat ini 39 arahan bertulis telah dikeluarkan kepada 12 pusat jagaan. Sembilan lagi pusat jagaan telah dikompaun, tiga pusat jagaan ditutup, 210 dibatalkan pendaftaran dan satu pusat jagaan didakwa," kata Siti Zailah di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Datuk Seri Mohd Radzi.

Tambahnya, sebanyak 13 buah Taska tidak berdaftar turut diambil tindakan dengan jumlah kompaun sebanyak RM38,100.

Sehingga kini sebanyak 1,257 pusat jagaan kanak-kanak dan 2,964 taska di seluruh negara telah berdaftar bawah JKM.

(Datuk Siti Zailah ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Datuk Seri Mohd Radzi di Dewan
Negara)

Media Baharu