fb fb fb fb fb

650 aduan berkaitan anjing liar di Johor Bahru

Tahun ini sebanyak 219 aduan diterima MBJB berhubung anjing liar, dengan tangkapan 2,034 ekor anjing, setakat Jun lepas/Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 20 Julai - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerima 650 aduan berhubung anjing liar sepanjang tahun 2024, melibatkan tangkapan tiga ribu 14 ekor anjing.

Datuk Bandarnya, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, angka itu mencerminkan kehadiran anjing liar sering menjadi isu utama yang disuarakan warga bandaraya itu.

Pada tahun ini pula, sebanyak 219 aduan diterima MBJB berhubung isu itu, dengan tangkapan 2,034 ekor anjing, setakat Jun lepas.

"Jadi berkenaan dengan haiwan terbiar ni, kita ada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) tapi di Johor kita tambah lagi dengan Sistem Aduan Johor," katanya semasa menyempurnakan kempen itu di sini.

Bagi membendung isu-isu disebabkan anjing liar, MBJB menganjurkan Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar 2025, memberi fokus kepada aspek kesihatan, serta kawalan populasi anjing secara lestari.

MBJB bersama agensi berkaitan telah mengembiri 850 ekor anjing liar sejak Oktober 2024 hingga Sembilan julai lalu.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI