fb fb fb fb fb

557 penduduk masih terjejas banjir di Perak

FOTO HIASAN

IPOH, 20 Oktober - Situasi banjir di Perak menyaksikan jumlah penduduk terjejas adalah seramai 557 orang daripada 173 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, setakat pukul 12.00 tengah hari, lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah.

Di daerah Hilir Perak, 284 penduduk daripada 83 keluarga dipindahkan ke tiga PPS iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak, Dewan MPTI Langkap dan Dewan Serbaguna Chikus.

211 penduduk daripada 71 keluarga pula ditempatkan di tiga PPS di daerah Perak Tengah.

Manakala 62 penduduk daripada 19 keluarga masih berlindung di dua PPS di daerah Kerian.

Trainee2