
KOTA KINABALU, 24 Februari– Seramai 5,017 penduduk terjejas banjir di tiga daerah di Sabah iaitu Pitas, Paitan dan Tawau masih ditempatkan di 36 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat pukul 8.00 pagi tadi.
- Jumlah mangsa di Pitas meningkat kepada 2,701 orang daripada 1,371 keluarga ditempatkan di beberapa PPS.
- Paitan mencatat 2,071 mangsa daripada 590 keluarga masih berlindung di PPS.
- Tawau menempatkan 245 penduduk daripada 55 keluarga di sebuah PPS, angka tidak berubah.
- Secara keseluruhan 86 kampung terjejas banjir; sebuah PPS juga dibuka di Kota Belud untuk 50 mangsa kebakaran.
Menurut infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah mangsa di Pitas meningkat kepada 2,701 orang daripada 1,371 keluarga yang ditempatkan di beberapa PPS.
Di Paitan, jumlah mangsa kekal 2,071 orang membabitkan 590 keluarga yang masih berlindung di PPS.
Sementara itu, di Tawau, seramai 245 penduduk daripada 55 keluarga ditempatkan di sebuah PPS dan angka berkenaan tidak berubah.
Secara keseluruhan, sebanyak 86 kampung terjejas banjir dengan 46 daripadanya di Pitas, 39 di Paitan dan sebuah kampung di Tawau.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah PPS turut dibuka di Kota Belud bagi menempatkan 50 mangsa daripada 16 keluarga yang terjejas dalam kejadian kebakaran.