KANGAR, 16 September- Stesen radio Perlisfm hari ini menganjurkan program larian dalam usaha menyemarakkan lagi ukhwah dengan pendengarnya.
Pengarah Penyiaran Perlis, Fathil Hidayat Ghazali berkata, Perlisfm Vibe Run mengetengahkan satu kelainan bagi jenama RTM yang terbiasa dengan pelbagai program hiburan.
Ia juga selari dengan 'Vibe' baharu bagi program program stesen radio Perlisfm.
"Kita sudah biasa dngan persembahan hiburan, tetapi kali ini ia acara kemasyarakatan. Kita masih boleh berhibur dengan cara yang lebih sihat dengan ini juga satu program radio di lokasi secara tidak langsung di mana para pendengar datang ke Kompleks RTM Perlis dan kita menjalankan aktiviti bersama, zumba bersama, lari bersama," kata fathil hidayat.
"Sebenarnya adalah untuk kita bersama-sama meraikan Hari Malaysia dan membuat kesinambungan daripada program sempena bulan kemerdekaan. Jadi objektifnya tercapai di mana Perlisfm pertama kalinya mengadakan program acara sukan begini dan untuk mengeratkan lagi ukhwah dengan pendengar,"jelas penerbit program, Nor Athikah Nordin.
Selain itu, ia turut menjadi penutup kepada program Perlisfm bagi bulan kemerdekaan sempena Hari Malaysia.
Program yang bermula sejak awal pagi itu meriah dengan kehadiran 500 peserta yang juga pendengar radio Perlisfm.
Pada program ini juga turut disediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah kepada peserta keseluruhanya bernilai RM1,000.