ALOR GAJAH, 17 Jun- Kira-kira 500,000 peneroka dan warga Felda dijangka memeriahkan sambutan Hari Peneroka Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 12 hingga 14 Julai ini.
Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Datuk Mohd Banuri Aris berkata, pelbagai kelainan akan ditampilkan pada sambutan kali ini termasuk beberapa aktiviti menarik dan cabutan bertuah.
Beliau berkata, sambutan kali ini juga akan dijalankan tiga hari berbanding hanya sehari pada tahun sebelum-sebelumnya.
Beliau ditemui pada Program Korban FELDA Madani yang disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin Masjid FeldaTun Ghafar, Hutan Percha.
Datuk Mohd Banuri mengalu-alukan kehadiran masyarakat khasnya warga Felda untuk ke majlis berkenaan.