fb fb fb fb fb

50 rumah setinggan atas air terbakar

KUDAT, 16 Februari - Sekurang-kurang 50 buah rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Misran Bisara berkata, dalam kejadian pada 4.26 petang itu, seramai 99 anggota bomba dan penyelamat dikejar ke lokasi kejadian.

Katanya, sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba Kudat, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kudat dan Balai Bomba Kota Marudu dikerah bagi menjalankan operasi memadam api kebakaran.

"Setakat ini, operasi mengawal api kebakaran daripada terus merebak masih sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi RTM, di sini hari ini.

FOTO BOMBA

Menurutnya, operasi memadam api kebakaran turut dibantu pasukan bomba daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada berhampiran kawasan kejadian.

"Operasi pemadaman sedang dijalankan. Maklumat berkaitan mangsa kebakaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.

Media Baharu