50 penerima terima sumbangan Aidilfitri

Program Ziarah Kasih Aidilfitri digerakkan Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar bersama Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar dengan sokongan sebuah butik pakaian

KANGAR, 18 Mac – Seramai 50 penerima mewakili setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Kangar terpilih menerima sumbangan berupa pakaian baharu dan kuih raya menjelang sambutan Aidilfitri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar bekerjasama dengan Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar dan sebuah butik pakaian menganjurkan Program Ziarah Kasih Aidilfitri.
  • Setiap DUN memilih 10 penerima terutama keluarga kurang berkemampuan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri bersama keluarga.
  • Sukarelawan dan rakan strategik mengadakan ziarah rumah terus kepada penerima di sekitar kawasan Parlimen.
  • Program menekankan nilai berkongsi kegembiraan, mengeratkan silaturahim dan menyemai kasih sayang dalam masyarakat.

Pengerusi Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar, Mohd Jeffry Hassan berkata, Program Ziarah Kasih Aidilfitri berkenaan digerakkan kelab itu bersama Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar dengan sokongan sebuah butik pakaian.

“Setiap DUN seramai 10 penerima dipilih terutamanya dikalangan keluarga kurang berkemampuan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri bersama keluarga.

“Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk terus menyebarkan kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ziarah Kasih Aidilfitri dengan kunjungan secara terus ke rumah penerima sekitar kawasan Parlimen Kangar bersama sukarelawan Kasih Kangar dan rakan strategik dari sebuah butik pakaian.

Mohd Jeffry turut memaklumkan bahawa Syawal bukan sekadar tentang perayaan, tetapi juga tentang berkongsi kegembiraan, mengeratkan silaturahim dan menyemai nilai kasih sayang dalam masyarakat.