fb fb fb fb fb

50 kanak-kanak sertai pertandingan pakaian tradisional

50 kanak-kanak menyertai Pertandingan Pakaian Tradisional bertema Hari Kebangsaan

LANGKAWI, 15 September – Seramai 50 kanak-kanak menyertai Pertandingan Pakaian Tradisional bertema Hari Kebangsaan yang berlangsung di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam.

Program JIWA Komuniti Madani @Merdeka yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Langkawi berjaya menarik lebih 350 orang peserta.

JaPen melalui kenyataan berkata, program itu merupakan acara penutup sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi daerah Langkawi.

"Sebanyak 6 program Jiwa Komuniti MADANI telah dianjurkan sepanjang bulan kebangsaan yang melibatkan enam Komuniti Madani.

"Program ini bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat mengenai dasar, usaha, dan inisiatif kerajaan serta menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia," katanya.

Antara pengisian lain termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan reka cipta kemerdekaan, ceramah kenegaraan, serta pameran oleh agensi kerajaan dan swasta.

Program seumpama itu merupakan kerjasama Komuniti Madani Kelibang, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Bukit Tekoh, serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Kuah.

GRACE AISYAH KEDAYAN