fb fb fb fb fb

5,000 pengunjung banjiri Dataran Zero sertai Program Sungai Petani Berselawat Ambang 2024

FOTO RTM

SUNGAI PETANI, 1 Januari -Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Dataran Zero, Sungai Petani sempena Program Sungai Petani Berselawat Ambang 2024 : Keamanan Untukmu Palestin’ pada Ahad.

Program berkenaan dianjurkan  Pejabat Ahli Parlimen Sungai Petani dengan kerjasama , Angkatan Belia Islam Kedah (ABIM), Global Peace Mission Malaysia (GPMM) ,Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, (MAPIM) dan beberapa badan Bukan kerajaan NGO lain.

Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari berkata program tersebut bertujuan mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang kini dilanda peperangan.

"Kita berselawat berqasidah bersama-sama dan bermunajat kepada Allah SWT khususnya memberikan keselamatan kesejahteraan untuk saudara kita Gaza Palestin yang sekarang ini dibantai dengan teruk ,kita di Malaysia hidup aman damai di sana mereka sedang melalui proses cukup dahsyat", kata Taufiq yang ditemui pada program berkenaan.

Pelbagai program kerohanian dianjurkan menerusi  Qasidah  dari kumpulan Fattabiouni , persembahan nasyid oleh In-Team ,Qunut Nazilah dan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW  serta ucapan beberapa pemimpin NGO  diselangi tayangan serangan Rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Menurut Taufiq, program seumpama ini akan dianjurkan di masa hadapan selepas mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD