fb fb fb fb fb

5,000 ekor ayam mati, reban dijilat api

FOTO JBPM

KUCHING, 26 Mei- Kira-kira 5,000 ekor ayam mati selepas reban yang menempatkan haiwan ternakan terbabit musnah dijilat api di Matang, pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Henderi Ardimansyah, dalam kejadian sekitar pukul 7 pagi itu, satu daripada 11 reban yang terdapat di ladang ternakan terbabit mengeluarkan asap sebelum disedari pemiliknya.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya digegas ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Operasi pemadaman turut mendapat bantuan dari Balai Batu Lintang itu berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 8.30 pagi.

Kebakaran terbabit telah memusnahkan sekitar 80 peratus reban berkenaan manakala 10 lagi reban tidak terjejas.

Punca kebakaran dan nilai kemusnahan masih dalam siasatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE