
JEMPOL, 13 Mac – Sebanyak RM70,000 disumbangkan kepada golongan asnaf, warga emas, anak yatim dan ibu tunggal untuk membuat persiapan hari raya.
- Majlis di FELDA Palong Tiga menjadi platform mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat serta berkongsi rezeki bersempena Ramadan.
- Sumbangan diterima sebahagiannya daripada kerajaan negeri dan selebihnya daripada agensi serta badan korporat yang menjayakan program.
- Sebanyak 480 penerima terdiri daripada warga emas, golongan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal menerima bantuan.
- Hadir Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol yang menyampaikan sumbangan Yayasan Luak Johol dan majlis diteruskan solat Isyak, tarawih serta jamuan moreh.
EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor berkata, majlis yang berlangsung di FELDA Palong 3 itu menjadi platform
mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat di samping
berkongsi rezeki bersempena bulan Ramadan.
Menurut beliau, sumbangan itu diterima sebahagiannya daripada kerajaan negeri dan selebihnya daripada agensi-agensi dan badan-badan korporat yang sama-sama menjayakan program tersebut.
‘Sebahagian sumbangan adalah daripada kerajaan negeri, manakala selebihnya adalah sumbangan daripada badan-badan korporat. Seramai 480 penerima yang terdiri daripada warga emas, golongan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Peringkat Dun Palong.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol yang berkenan menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Luak Johol
kepada golongan yang memerlukan.
Program diteruskan dengan solat Isyak dan tarawih serta jamuan moreh.