470 penduduk masih berlindung di empat PPS di Kedah

ALOR SETAR, 31 Oktober – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah terus menunjukkan penurunan, dengan seramai 470 orang daripada 119 keluarga masih berlindung di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah setakat jam 11 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, 405 penduduk daripada 102 keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Pendang, iaitu Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh dan SK Tunku Intan Shafinaz.

Sementara itu, di Kota Setar, seramai 65 penduduk daripada 17 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Haji Idris Tajar.

Hasil pemantauan di beberapa kawasan terjejas menunjukkan paras air meningkat namun kekal pada tahap sederhana, dan keadaan cuaca dilaporkan beransur baik di kebanyakan kawasan terbabit.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan