fb fb fb fb fb

46 kes disyaki mpox disahkan negatif

Dr Dzulkefly Ahmad

JOHOR BAHRU, 6 September- Seramai 46 individu yang sebelum ini disyaki telah dijangkiti mpox atau cacar monyet telah disahkan negatif daripada penyakit tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang turut memaklumkan Malaysia telah menyaring seramai 5.2 juta individu susulan penularan mpox di peringkat global.

"Alhamdulillah, kita belum berdepan dengan cabaran besar. Kali terakhir kita berhadapan dengan kes positif adalah varian Clade II, bukan varian Clade 1B yang lebih ganas.

"Terdapat sembilan kes pada Disember 2023, namun kita tidak perlu membuat perbandingan dengan situasi di Singapura," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi jaminan bahawa saringan di pintu masuk negara tidak akan menyebabkan sebarang kelewatan dalam pelepasan pengembara.

Dzulkefly ditemui pemberita semasa Program Walkabout 'Premis Bersih, Bebas Asap' di Jalan Dhoby di sini malam tadi.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA