fb fb fb fb fb

413 penduduk terjejas banjir berada di tiga PPS di Sarawak

APM Sarawak sedang membantu memindahkan penduduk terjejas banjir ke PPS

KUCHING, 18 Februari - Bilangan penduduk terjejas banjir di Sarawak mencatatkan sedikit penurunan setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) seramai 413 orang daripada 107 keluarga berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 418 orang petang semalam.

"PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 186 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (167) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60)," kata JPBN.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam ini diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman.

TETITIA YUSOFF