41 asnaf terima sumbangan Aidilfitri

Majlis Pemberian Zakat dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Ujung Bukit

KANGAR, 18 Mac – Seramai 41 penerima terdiri asnaf di Kampung Ujung Bukit, Bintong diraikan dalam Program Pemberian Zakat dan Sumbangan Aidilfitri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumbangan dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Kangar merupakan usaha berterusan membantu golongan memerlukan membuat persiapan menjelang Syawal.
  • Program ini antara inisiatif tanggungjawab sosial tahunan untuk membantu golongan memerlukan setiap Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
  • Setiap penerima menerima bakul makanan dan wang tunai, majlis turut dihadiri Pengurus Cawangan Bank Rakyat Zuraini Abd Wahab.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Ujung Bukit, Zulkifli Azelan berkata, sumbangan dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Kangar itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi membantu golongan memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menjelang Syawal.

”Program ini adalah antara inisiatif tanggungjawab sosial yang kita laksanakan setiap tahun bagi membantu golongan memerlukan setiap kali Ramadan dan sambutan Aidilfitri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pemberian Zakat dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Ujung Bukit yang turut dihadiri Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kangar, Zuraini Abd Wahab.

Setiap penerima menerima sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai.