fb fb fb fb fb

Kes nahas jalan raya di Perlis meningkat 35%

ARAU, 26 April - Sebanyak 409 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Perlis bagi tempoh Januari hingga Mac lalu, dengan 11 kes kematian dilaporkan.

Ia merupakan peningkatan 35% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Exco Pengangkutan Negeri Hamizan Hassan, empat kawasan utama dikenal pasti lokasi kerap berlaku kemalangan termasuk Jalan Kangar-Alor Setar, Jalan Kangar-Padang Besar dan Jalan Changlun-Kuala Perlis.

(Hamizan ditemui selepas Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perlis di Sempadan Kedah-Perlis, Pauh) 

"Langkah-langkah keselamatan terutama di kawasan-kawasan panas untuk memastikan kawasan tersebut tidak lagi menjadi lubuk kemalangan. Antara langkah yang kita ambil ialah memberi pencahayaan terutama kalau kawasan tersebut gelap.

"Kita akan memberi pencahayaan di kawasan tersebut dan kita juga akan tingkatkan pemasangan papan-papan tanda keselamatan di kawasan tersebutlah," kata Hamizan.

Beliau ditemui di majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perlis di Sempadan Kedah-Perlis, Pauh di sini.

Hamizan turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan lima kesalahan lalu lintas yang akan terus dihadapkan ke mahkamah.

Kesalahan memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal patuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan potong barisan.

Media Baharu