fb fb fb fb fb

40 tempat berteduh motosikal berjaya dibina di lebuh raya

Alexander (tengah) ketika menyantuni penunggang motosikal di tempat berteduh di KM 11, Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Kuala Lumpur pada Khamis/FOTO RTM

KUALA LUMPUR,8 Disember- 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata usaha penambahan tempat teduhan baharu itu bermula sejak suku ketiga 2023 selaras fokus Kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat.

Kejayaan pembinaan kemudahan itu juga hasil komitmen syarikat-syarikat konsesi yang diterajui Lembaga Lebuhraya Malaysia bagi menyediakan kemudahan berkenaan kepada pengguna jalan raya.

Ujar Nanta, usaha berterusan akan digembleng untuk penyiapan tempat teduhan penunggang motosikal di 79 lokasi lain pada 2024.

Tempat teduhan itu penting bagi kemudahan dan keselamatan pengguna khususnya penunggang motosikal.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD