fb fb fb fb fb

40 penghuni hilang tempat tinggal

FOTO HIASAN

TAWAU, 13 Januari - Kira-kira 40 penghuni rumah teres dua tingkat di Taman Victoria kehilangan tempat tinggal selepas sembilan buah rumah di Lorong 4 taman itu musnah dalam kebakaran tengah hari semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Rastam Kaladi berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pukul 1.54 petang dan bergegas ke lokasi kejadian dengan 32 anggota serta empat jentera bomba.

Katanya, api berjaya dikawal pada pukul 2.56 minit petang.

"Rumah yang terlibat setakat ini adalah sembilan buah daripada 10 buah 1 blok jadi satu buah kita dapat selamatkan dan blok hadapan dan belakang kita dapat selamatkan," kata Rastam, di sini.

Sementara itu, salah seorang mangsa kebakaran yang ditemui Mulyadi Muhidin 55 tahun, redha dengan kejadian yang berlaku walaupun lebih 30 tahun menetap di taman perumahan tersebut.

Beliau berharap, pihak berkaitan dapat membantu kesemua mereka yang tinggal sehelai sepinggang itu.

''Sebenarnya saya baru pulang solat Jumaat tadi saya berehat sekejap tiba-tiba sebelum saya tertidur ada orang panggil dari luar saya pun tgk asap saya pun bergegas keluar, hanya kereta dokumen semua terbakar," kata Mulyadi Muhidin.

Turut melawat mangsa kebakaran ialah wakil rakyat Kukusan, Rina Jainal.

''Saya berikan satu ketua isi rumah RM500 yang kita berikan kepada mangsa-mangsa kebakaran sebelum ini dikawasan saya sendiri, jadi ini untuk bantuan asas dahulu kemudian kita akan susulkan dengan daripada banyak agensi yang membantu," kata Rina Jamal.

TETITIA YUSOFF