fb fb fb fb fb

4 buah lori, sebuah rumah di Kampung Baru Bedong terbakar

Kebakaran membabitkan empat buah lori dan sebuah rumah kedai/FOTO Bomba Kedah

SUNGAI PETANI, 16 Janauri - Kebakaran besar di Kampung Baru, Bedong di sini awal pagi tadi membabitkan empat buah lori dan sebuah rumah kedai.

Pegawai Komander Operasi BBP Sungai Petani, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Zaki Senik berkata, api berjaya dikawal pada 7.11 pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.36 pagi memaklumkan berlaku kebakaran rumah di lokasi kejadian.

"Setibanya anggota bomba di tempat kejadian, didapati sebuah rumah kedai kelas B terbakar dan kebakaran itu turut membabitkan empat buah lori.

"Anggaran peratusan kebakaran itu adalah 20 peratus rumah kedai, dua buah lori musnah 90 peratus manakala dua buah lori lagi masing-masing terbakar 40 dan 20 peratus," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman dilakukan anggota BBP Sungai Petani dan Aman Jaya serta dibantu anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.

"Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran dan punca serta kerugaian masih dalam siasatan," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN