fb fb fb fb fb

KPKT sasar bina 4,000 MyKiosk tahun ini

Aiman Athirah Sabu

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sebanyak 4,000 unit MyKiosk dibina dalam tahun ini.

Jelas Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu, sehingga jun, sejumlah RM74.4 juta telah disalur kepada 83 pihak berkuasa tempatan bagi tujuan menyediakan 2,977 unit MyKiosk.

Langkah itu bagi memperkasa lebih ramai komuniti penjaja dan peniaga.

"Bagi tahun 2024, KPKT menyasarkan sebanyak 4,000 unit kiosk lagi untuk dimanfaatkan penjaja dan peniaga baharu.

"Sehingga Jun 2024, sejumlah RM74.4 juta telah disalurkan ke 83 PBT dengan menyiapkan 2,977 unit kiosk. Insya-Allah perkara itu akan memperkasakan lagi komuniti kita," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi di Dewan Rakyat di sini.

MyKiosk dilancar untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui pemberian kadar sewaan kiosk yang rendah dan penyediaan ruang niaga seragam, selamat dan selesa kepada peniaga.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM