
KUALA KEDAH, 13 Mac – Seramai 320 penduduk dalam kalangan fakir miskin di sekitar Kedah menerima manfaat zakat wakalah sebuah syarikat koporat, bagi meringankan beban kewangan komuniti setempat membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
- Setiap penerima menerima sumbangan wang tunai dan bakul makanan berisi keperluan dapur.
- Program dilaksanakan bersama rakan strategik tempatan untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan paling terkesan.
- Inisiatif zakat wakalah bertujuan laksana tanggungjawab korporat dengan telus terus kepada yang benar-benar memerlukan.
- Agihan meliputi penerima di kawasan DUN Anak Bukit, DUN Kubang Rotan dan DUN Pengkalan Kundur.
Pengerusi Cyberview Sdn Bhd, Datuk Romli Ishak berkata setiap penerima mendapat sumbangan dalam bentuk wang tunai serta bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan dapur.
Beliau yang juga penyelaras Sahabat Pengerak Madani berkata, program ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik tempatan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran yang paling terkesan.
“Inisiatif Zakat Wakalah ini merupakan medium bagi pihak syarikat untuk memastikan tanggungjawab terhadap masyarakat dilaksanakan dengan telus dan terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membawa senyuman dan keceriaan kepada para penerima dan keluarga mereka,” katanya ketika berucap pada program Sumbangan Kasih Ramadan dan Syawal di sini.
Agihan sumbangan meliputi penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Anak Bukit, DUN Kubang Rotan, dan DUN Pengkalan Kundur.
Sumbangan yang diberikan jelas menunjukkan komitmen syarikat koporat bersama menyokong kebajikan rakyat di peringkat akar umbi, selari dengan aspirasi Malaysia Madani, Rakyat Disantuni dan penerapan nilai Ihsan dengan berkongsi rezeki bersama.