fb fb fb fb fb

300 peserta meriahkan program 'Walk With Autism'

Foto RTM

LANGKAWI, 26 April -Seramai 300 peserta menyertai program “Walk With Autism” di Taman Lagenda Langkawi seawal pukul  7.30 pagi.

Berjalan 1 kilometer sambil menghayati suasana alam semulajadi waktu pagi memberi pengalaman dan keterujaan buat kanak-kanak istimewa itu.

Pengetua Langkawi Autism Care Centre (LACC), Mastura Mutalib berkata program merupakan salah satu terapi kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan dunia luar.

Selain memberi pendedahan sosial kepada mereka.

"Kita buat program ini untuk mereka berjalan. Dekat sekolah pun, kita ada ajar mereka untuk berjalan bersama-sama iaitu 'Walk With Me'.

"Latih mereka tanpa kita pegang mereka. Adakah mereka boleh  berjalan bersama-sama kita", kata Mastuta yang ditemui media selepas program berkenaan.

Selain berjalan kaki 1 kilometer, turut diadakan permainan interaktif yang lain seperti zumba, kerusi berirama dan cabutan bertuah.
 
Bersempena program itu juga pemeriksaan kesihatan buah pinggang percuma oleh Yayasan Buah Pinggang Malaysia turut disediakan di tapak parkir Taman Lagenda.

 
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD