fb fb fb fb fb

3,038 sekolah diklasifikasi Sekolah Kurang Murid

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh

TELUK INTAN, 15 April - Sebanyak 3,038 buah sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), setakat tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, bagi melancarkan pengendalian SKM beberapa polisi telah dirangka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Polisi tersebut termasuk pelaksanaan kelas bercantum pelbagai gred, penggabungan dan pemindahan atau penempatan semula SKM.

"Termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Aik Hua, Pulau Pinang, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Chee Kedah yang telah pun memulakan persekolahan baru, di lokasi baru," kata Wong Kah Woh, di sini.

Manakala bagi pencantuman kelas pelbagai gred, ia melibatkan murid tahun 2 dengan 3 dan tahun 4 dengan 5 di sekolah dengan enrolmen 30 murid dan ke bawah.

Wong Kah Woh ditemui media, ketika melawat dan menyampaikan sumbangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Samak, di Ulu Bernam.

Turut menerima sumbangan pada sesi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Bernam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Bernam serta SJKT Ladang Ulu Bernam 2.

TETITIA YUSOFF