PASIR MAS, 16 November- Akta Tahanan Rumah yang bakal dibentangkan tahun depan menyasarkan 28,000 banduan yang menjalani tahanan reman bagi membantu menyelesaikan masalah kesesakan di dalam penjara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagaimanapun akta berkenaan tidak terpakai kepada tahanan reman di penjara yang membabitkan kes jenayah berat.
"Sekiranya 8,000 ini terlibat menerusi tahanan di rumah, kita masih ada 20,000 lagi dalam tahanan reman bawah klasifikasi rancangan termasuk dalam pertudahan kes yang boleh kita tempatkan di rumah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Santuni Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Bunga, di sini.
Mengulas lanjut beliau berkata banduan yang menjalani tahanan di rumah akan dipakaikan peranti khas bagi tujuan pemantauan.
Untuk rekod banduan di seluruh negara kini mencecah seramai 87,000 orang berbanding kapasiti penjara hanya sekitar 74,000 banduan sahaja.