Terkini
Lebih 900 sekolah rosak akibat serangan Israel di IranISTANBUL, 13 April – Iran pada Ahad mendakwa sebanyak 942 sekolah di seluruh negara itu rosak akibat serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel sejak 28 Februari, lapor Anadolu Ajansi (AA). Jurucakap kerajaan Fatemeh Mohajerani dalam sidang media berkata bahawa bangunan yang rosak itu memerlukan antara dua hingga tiga bulan untuk dibina semula. Beliau berkata serangan AS-Israel itu turut memusnahkan 125,640 unit awam, termasuk 100,000 rumah, 20,500 kedai dan 339 pusat kesihatan. Mohajerani berkata pembinaan semula unit awam yang rosak itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga 24 bulan. Tambah beliau, rakyat yang kediaman mereka rosak dalam serangan boleh memanfaatkan kemudahan pinjaman perumahan untuk membina semula unit masing-masing. Lebih 3,000 orang terbunuh dalam serangan udara AS-Israel ke atas Iran sejak 28 Februari. Tehran melancarkan serangan balas terhadap Israel, Iraq, Jordan dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS sebelum gencatan senjata selama dua minggu diumumkan pada awal minggu ini. Delegasi Iran dan AS menamatkan rundingan selama 21 jam di Islamabad, Pakistan, awal Ahad tanpa mencapai sebarang persetujuan. -BERNAMA-ANADOLUMakanan percuma bantu kira-kira 200 individu memerlukan sejak 9 tahun laluPenubuhan MMC perkasa akses keadilan, tawar penyelesaian pertikaian lebih cepat dan mampu milikDapur siswa MADANI@UUM perkukuh kebajikan mahasiswaPM adakan lawatan ke Terengganu hari iniKebun rumah: Strategi kelestarian dan keselamatan makanan masa hadapanBES+KINI – BDR, Lambat atau fleksibel?Dua remaja antara 37 ditahan positif dadah selepas berhibur di DanokLelaki warga emas maut dipijak gajah liarPeru lanjut tempoh mengundi susulan masalah logistik

27 PPS masih beroperasi di empat negeri terjejas banjir

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Perkembangan banjir di Perak, Selangor, Perlis dan Pahang semakin pulih setakat malam ini, dengan 27 Pusat Pemindahan Sementara, (PPS) masih beroperasi yang menempatkan 1,848 penduduk terjejas banjir daripada 536 keluarga.

Menurut kemaskini Portal Infobencana JKM, setakat 9.30 malam, di Perak 1,459 penduduk terjejas masih berlindung di 11 PPS yang masih beroperasi, di Hilir Perak, Manjung dan Bagan Datuk.

Satu PPS di Hilir Perak telah ditutup.

Di Selangor pula, 6 PPS masih beroperasi di daerah Kuala Selangor, Hulu Langat dan Sabak Bernam menempatkan 346 penduduk terjejas daripada 116 keluarga.

Sementara itu, 8 PPS masih beroperasi di Perlis, melibatkan tiga daerah masing-masing Padang Besar, Arau dan Kangar menempatkan 34 penduduk terjejas daripada 11 keluarga.

Dan di Pahang, 7 penduduk terjejas masih berada di 1 PPS di Kuantan.

Laman web publicinfobanjir memaklumkan paras air semua sungai utama di negeri-negeri terlibat menunjukkan bacaan di bawah paras bahaya.