fb fb fb fb fb

268,000 keluarga miskin bakal menerima manfaat Skim Insurans Keluarga Malaysia

KANGAR, 25 Mac - Kerajaan bersetuju menyediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar seluruh negara melibatkan kos sebanyak RM13.4 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah skim tersebut, Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih diberi perlindungan insurans premium sebanyak RM50 setahun yang melibatkan 268,000 keluarga.

“Sekiranya KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa, keluarga akan mendapat manfaat RM10,000, keilatan kekal RM10,000 sementara yang meninggal dunia akibat kemalangan RM20,000.

“Pada masa yang sama, Pru-Takaful BSN menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu sejak 2018 memberi perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi eKasih,” katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Perlis /FOTO PMO)

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat negeri Perlis yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim selaku menteri peneraju JAKM peringkat Perlis; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pembangunan Luar Bandar,

Dalam pada itu, Ismail Sabri dalam ucapan tersebut meluluskan peruntukan RM5 juta untuk kajian kemungkinan pembinaan jeti baharu di Kuala Perlis.

“Untuk kajian kemungkinan tersebut memerlukan RM5 juta dan saya luluskan RM5 juta itu. Selepas kajian kemungkinan tersebut selesai, kemungkinan bina jeti baharu di Kuala Perlis,” katanya.


Media Baharu