253 projek pembinaan berjaya siap lebih awal dari jadual

ALOR SETAR, 15 Oktober – 253 projek pembinaan melibatkan 29.25 peratus berada dalam kategori awal dari jadual, (AOT), manakala 266 projek pembinaan atau 30.7 peratus mengikut jadual yang ditetapkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • 253 projek (29.25%) dilaporkan siap lebih awal daripada jadual, menunjukkan prestasi pelaksanaan yang kukuh.
  • 266 projek (30.7%) berjalan mengikut jadual, menandakan pematuhan kepada masa pelaksanaan.
  • 383 projek telah siap dengan nilai RM16.36 bilion, meliputi jalan, bangunan, jambatan dan pembaikan cerun.
  • Timbalan Menteri menasihatkan kontraktor agar tidak mengulangi kesilapan lalu yang menyebabkan kelewatan projek.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan dua kriteria berkenaan, antara 865 projek bernilai RM49.67 bilion.

Sementara itu, terdapat 383 projek pembinaan yang telah siap melibatkan RM16.36 bilion.

Projek pembinaan tersebut melibatkan pembinaan jalan, bangunan, jambatan dan pembaikan cerun.

Bercakap selepas mengadakan lawatan kerja di sini, beliau menasihatkan kontraktor-kontraktor terlibat tidak mengulangi masalah-masalah kontraktor terdahulu yang menyebabkan projek-projek lewat.

Di Kedah, terdapat 60 projek pembinaan melibatkan peruntukan RM3.1 bilion, manakala 83 projek dalam perancangan dengan nilai RM35 bilion.