fb fb fb fb fb

32 warga asing ditahan dalam dua serbuan di Johor

FOTO JIM JOHOR

JOHOR BAHRU, 20 Februari- Seramai 32 pendatang asing ditahan di sekitar Kulai dan Johor Bahru, Johor menerusi Ops Selera dan Ops Sapu pada kelmarin.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua yang ditahan membabitkan kesalahan tinggal lebih masa dan bekerja tanpa permit sah.

Tangkapan membabitkan 12 lelaki dan tiga perempuan warga Myanmar, enam lelaki warga Pakistan, seorang lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia,  lima lelaki warga India, seorang lelaki warga Vietnam dan seorang perempuan warga Filipina.

Mereka yang ditahan berusia antara 2 tahun hingga 52 tahun.

Secara keseluruhan, 79 warga asing diperiksa dalam kedua-dua serbuan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) ( c ), Seksyen 15 (1) ( c ) dan Seksyen 56  (1) (d) Akta Imigresen 1959/63.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE