fb fb fb fb fb

25,185 penduduk terjejas banjir setakat 3 petang ini

FOTO APM TUMPAT

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Seramai 25,185 orang daripada 7,954 keluarga masih berlindung 111 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri yang terjejas banjir, setakat pukul 3.00 petang ini.

Menurut portal InfoBencanaJKM, 54 buah PPS masih beroperasi di Kelantan yang menempatkan 20,393 orang daripada 6,630 keluarga.

Di jajahan Pasir Mas seramai 16,475 penduduk dicatatkan di 32 buah PPS; Tumpat, 2,537 penduduk, sembilan PPS; Kuala Krai, 793 penduduk, 11 PPS; dan Tanah Merah, 183 penduduk, dua PPS.

Sementara di Terengganu, seramai 4,517 penduduk daripada 1,235 keluarga di 47 buah PPS dengan 2,877 orang daripadanya ditempatkan di 30 buah PPS di daerah Dungun; Hulu Terengganu, 642 penduduk, empat PPS; Kemaman, 199 penduduk, tiga PPS; Marang, 121 penduduk, sebuah PPS; Setiu, 110 penduduk, tiga PPS; Kuala Terengganu, 105 penduduk, dua PPS; dan Kuala Nerus, 76 penduduk, sebuah PPS.

Pada masa sama, enam PPS dibuka di Pahang melibatkan 149 penduduk daripada 45 keluarga dengan dua buah PPS dibuka di daerah Jerantut membabitkan 42 orang, dan masing-masing satu PPS dibuka bagi daerah Kuantan merekodkan 76 orang; Bera (14), Rompin, (13) serta Maran (4).

Di Johor pula, tiga buah PPS dibuka bagi menempatkan 124 penduduk daripada 41 keluarga di dua daerah iaitu Segamat melibatkan 33 penduduk di dua PPS, manakala Mersing, 91 penduduk, sebuah PPS.

Sabah merekodkan tiga penduduk terjejas yang ditempatkan di sebuah PPS di daerah Beluran.

SITI AISHAH BINTI MD ISA