
MARANG, 18 Mac – 108 orang anak yatim dan 100 golongan asnaf di Terengganu diraikan dalam majlis Iftar Ramadan MADANI-IRAMA.
- 108 anak yatim dan 100 golongan asnaf diraikan dalam majlis Iftar Ramadan MADANI-IRAMA di Terengganu.
- Sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai bernilai RM15,000 diberikan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
- Marhamah menasihatkan masyarakat menjaga adab serta mengamalkan nilai murni sebagai teladan sepanjang musim perayaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, sumbangan turut diberikan bagi membantu penerima membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, keseluruhan sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai itu bernilai RM15,000.
Beliau berkata, Terengganu antara negeri yang terpilih bagi program IRAMA selain Kelantan.
“Kita harapkan bantuan yang disalurkan pada hari ini dapat memberikan kebaikan dan memanjangkan manfaat kepada seluruh masyarakat sekitar. Insya-Allah.
“Kita juga menziarahi beberapa asnaf selain turut menziarahi Hajah Maznah iaitu johan qariah peringkat antarabangsa pada tahun 1999,” katanya pada Majlis IRAMA di Kompleks Perkasa, Asrama Anak Yatim Darul Falah.
Dalam perkembangan lain, Marhamah menasihatkan agar masyarakat supaya menjaga adab dan kelakuan sepanjang musim perayaan.
Tegas beliau, masyarakat khususnya umat Islam, perlu mengamalkan nilai murni sebagai teladan.