fb fb fb fb fb

2,214 stesen pengecas kenderaan elektrik berjaya dipasang setakat 20 Mac

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 April- Sebanyak 2,214 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berjaya dipasang setakat 20 Mac tahun ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sektor EV negara berada di landasan yang tepat dan pihaknya mengekalkan sasaran sebanyak 10,000 stesen pengecas menjelang hujung tahun depan.

Daripada 2,214 stesen pengecas EV yang dipasang, sebanyak 1,741 adalah pengecas arus ulang-alik (AC) dan 473 pengecas pantas arus terus (DC).

"Saya gembira untuk berkongsi industri EV dalam landasan yang tepat. MARii telah meluluskan 1,995 permohonan menerusi program E-Bike", katanya dalam Sidang Media Pengumuman Kad Laporan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi suku pertama 2024", katanya dalam Sidang Media Pengumuman Kad Laporan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi suku pertama 2024.

Dalam pada itu, berkenaan program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas), rebat bernilai RM4.8 juta daripada 1,995 permohonan telah diluluskan setakat 31 Mac 2024.

Sementara itu, sebanyak RM58.91 juta pinjaman mudah untuk automasi dan modenisasi 2024 telah diagihkan kepada 17 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada suku pertama tahun ini.

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) menyasarkan 30 syarikat dengan jumlah peruntukan RM150 juta.

"Rakyat Malaysia akan faham bahawa MITI dan Kerajaan MADANI sedang berusaha gigih untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif dan bertambah maju dalam cabaran dunia hari ini", katanya.

Selain itu, terdapat geran padanan disediakan untuk PKS aeroangkasa bumiputera.

“Sasaran adalah 30 syarikat dengan jumlah peruntukan RM150 juta. Sehingga suku pertama tahun ini, RM8 juta telah diagihkan kepada lima PKS,” katanya.

ROSLINA BINTI DIN