fb fb fb fb fb

2,000 pelajar sekolah rendah di Melaka terima bantuan persekolahan


AYER KEROH, 11 Februari - Lebih RM420,000 diperuntukkan kepada lebih 2,000 pelajar sekolah rendah di Melaka bagi bantuan persekolahan tahun ini.

Peruntukkan disalurkan Kerajaan Negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia melibatkan sebanyak 241 sekolah rendah di seluruh negeri itu.

Jelasnya bantuan diberikan berjumlah RM200 bagi setiap murid bermula tahun 2022, meningkat berbanding RM150 sebelum ini.

"Jadi itu yang telah kita sampaikan kepada guru-guru. Diwakili oleh guru-guru besar untuk disampaikan kepada nama-mana yang telah pun dipilih oleh pihak guru sendiri. Yang juga turut dibantu oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan jabatan," kata Sulaiman selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan berkenaan bagi sesi akademik 2022 dan Pelancaran Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri untuk calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di sini.

Tambah beliau, secara keseluruhan sejak tahun 2000 TAPEM telah memperuntukkan hampir RM300 juta khusus untuk pendidikan anak-anak Melaka.

 

Media Baharu