fb fb fb fb fb

17 penduduk tinggal sehelai sepinggang, 2 rumah musnah dijilat api di Labuan

FOTO JBPM LABUAN

LABUAN, 8 Mac- Dua buah rumah musnah, 17 individu hilang tempat tinggal dalam satu kebakaran di Labuan, semalam. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali memaklumkan, lapan buah kereta turut musnah dalam insiden tersebut.

Jelasnya, kesemua mangsa termasuk kanak-kanak terdiri empat lelaki dan dua perempuan, dilapor selamat. 

Pihaknya menerima panggilan pada 2.37 minit petang melibatkan kebakaran rumah jenis separuh kekal berkeluasan 75x50 kaki (3,750 kaki persegi) di Simpang 9, Kg Lajau, Labuan. 

Sejurus menerima panggilan 21 anggota berserta lima jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan dan BBP Sentral dikerah ke lokasi. 

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubok Temiang turut membantu memadamkan kebakaran berkenaan.

Operasi terkawal kurang sejam kemudian, punca dan anggaran kerugian dalam siasatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE