fb fb fb fb fb

15 pusat e-sukan telah dibangunkan seluruh negara

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Sebanyak 15 kemudahan infrastruktur sukan elektronik telah dibangunkan di seluruh negara sehingga kini.

Ini termasuk, penyediaan 'Hub ESports' Kebangsaan di Puchong yang berfungsi sebagai jaringan dan pusat pembelajaran bagi pelaksanaan ESports Integrated (ESI).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kemudahan bawah kendalian Persatuan Sukan Negeri itu akan diperluas ke semua peringkat kawasan Parlimen bagi mewujudkan ekosistem E-Sukan yang mampan dan persekitaran digital yang kompetetif.

"15 kemudahan infrastruktur sukan elektronik di seluruh negara ; Youth Cabin di Pulau Pinang, E-Sukan Studio di KL, Sarawak, Perak, Kelantan, Perlis, Pahang, Johor, Selangor, Putrajaya dan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah.

"Begitu juga dengan pusat latihan fasa 1 di MSN Bukit Jalil dan Hab ESI di Puchong untuk kita siapkan studio e-sukan di setiap kawasan parlimen ini adalah mengambil masa dn peruntukan yang agak besar namun kita akan usahakan sehingga ke tahap itu,"katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.


(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)

Media Baharu