KUCHING 28 Januari- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) masih dalam proses pengesahan 15,000 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berdaftar seluruh negara untuk penyaluran dana RM5,000 bagi program pembangunan kawasan JKKK.
Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang memberitahu prosesnya adalah melalui senarai JKKK berdaftar dan aktif daripada kerajaan negeri seterusnya kepada KKDW untuk ditapis dan penyaluran dana.
Katanya, sekiranya JKKK tersebut baharu sahaja mendaftar tahun ini, ianya akan dimasukkan bagi peruntukan tahun hadapan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Santai Bersama Media di Kuching hari ini.
Ujarnya, penyerahan dana akan disalurkan dalam masa terdekat setelah selesai semua tapisan dari kerajaan negeri dan kementeriannya.
Dalam Belanjawan Negara 2024 sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan bagi mengaktifkan semua JKKK berdaftar bawah KKDW.