142 notis dikeluarkan di Johor, majoriti kes buang sampah libat warganegara

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 28 Mac -Sebanyak 142 Notis Pengesahan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan di Johor setakat semalam, susulan kesalahan membuang sampah secara merata-rata di tempat awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebahagian besar notis melibatkan warganegara, iaitu 84 kes berbanding 58 bukan warganegara.
  • Tujuh kes selesai didakwa dengan jumlah denda RM4,500, menonjolkan tindakan penguatkuasaan serius dan konsisten.
  • Exco Mohd Jafni meninjau pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat di Plentong bagi kesalahan kebersihan kawasan awam.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, jumlah itu melibatkan 84 warganegara dan 58 bukan warganegara.

“Dalam tempoh sama, tujuh kes telah selesai didakwa, melibatkan jumlah denda RM4,500. Angka tersebut mencerminkan komitmen pihaknya mengambil tindakan penguatkuasaan serius dan konsisten, dalam memelihara kebersihan negeri.

Beliau bercakap  kepada pemberita ketika meninjau pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bagi kesalahan kebersihan kawasan awam di Plentong, di sini.