BAYAN LEPAS, 20 Mei- Seramai 142 jemaah haji dari Pulau Pinang bakal berangkat ke Tanah Suci, hari ini.
Penerbangan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dijadual pada pukul 4.15 petang dan dijangka tiba di Arab Saudi pada pukul 8.10 malam (waktu tempatan).
Pengarah Wilayah Utara Lembaga Tabung Haji, Datuk Mohamad Mokhzani Mukhtar berkata ia merupakan penerbangan ketujuh yang membawa jemaah Pulau Pinang, tahun ini.
"Hari ini adalah majlis pelepasan rasmi oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. KT (penerbangan) hari ini adalah KT63 yang membawa seramai 142 jemaah haji.
"Setakat ini ianya berjalan dengan lancar. Ini merupakan kumpulan ketujuh daripada 1,294 jemaah dari Pulau Pinang.
"Untuk sesi lepas di Pulau Pinang, kita menguruskan sebanyak 1,988 jemaah haji bagi tahun 1446 Hijrah yang mana penerbangan haji fasal 1 ni akan berakhir pada 22 haribulan Mei nanti Insya-Allah. Setakat ini kita terima kerjasama yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Rasmi di Bayan Lepas.
Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.
Secara keseluruhan, seramai 1,294 jemaah dari Pulau Pinang terpilih untuk menunaikan haji pada musim ini.