fb fb fb fb fb

14 inisiatif khusus untuk warga FELDA

Foto BERNAMA

KOTA TINGGI, 29 Jun- Kerajaan negeri Johor mengumumkan 14 inisiatif khusus kepada warga FELDA negeri itu, dengan peruntukan keseluruhan kira-kira RM4.5 juta ringgit.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, antara inisiatif tersebut adalah bantuan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan, selain bantuan kepada Majlis Belia Felda dan Gerakan Persatuan Wanita.

"Sumbangan bakul makanan kepada 27,642 peneroka. Setiap bakul makanan berjumlah RM100, bermaksud jumlah keseluruhan untuk bakul makanan sahaja ialah RM2.7 juta untuk warga FELDA," katanya.

Menurut beliau, kerajaan Johor juga membuka 10 kuota haji kepada peneroka FELDA bagi musim akan datang serta membantu menyelesaikan isu projek rumah generasi kedua yang terbengkalai.

Beliau sebelum itu merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Madani negeri Johor di Kota Tinggi.

Program selama empat hari itu berjaya menghimpunkan lebih 15,000 pengunjung.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID