JOHOR BAHRU, 29 September- Seramai 14,408 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di Johor bakal menerima Bantuan Kasih Johor berjumlah RM200 secara bayaran sekali gus.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pengagihan bantuan itu telah bermula semalam di PPR Melana di sini melibatkan lebih 2,600 penerima.
Secara keseluruhan, katanya, lebih 11,000 penghuni PPR dan 3,200 penghuni RSK akan menerima manfaat tersebut dengan agihan dijangka selesai sebelum 20 Oktober.
Menurut beliau, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada 42 langkah tambahan Belanjawan Johor bernilai RM209 juta yang memberi manfaat kepada hampir 1.9 juta rakyat negeri ini