fb fb fb fb fb

132 kemalangan direkodkan pada hari pertama Op Selamat 17

IPOH, 29 Januari - 132 kemalangan jalan raya dengan satu kematian dicatatkan pada hari pertama Op Selamat 17 di Perak sempena perayaan Tahun Baharu Cina, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri, Superitenden Azizan Hassan berkata daripada jumlah tersebut Ipoh mencatatkan jumlah tertinggi dengan 56 kes diikuti Taiping 15 dan Tapah 12.

Sementara itu, satu kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Taiping.

"Kami JSPT akan menempatkan beberapa lokasi-lokasi tumpuan yang mana sering berlaku kesesakan. Sebanyak 28 lokasi yang dikenal pasti iaitu di Ipoh terutama di Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Sultan Idris Shah," kata beliau selepas melakukan tinjauan aliran trafik di Jalan Sultan Idris Shah, di sini.

Antara lokasi panas lain yang turut dikenal pasti adalah di Tol Changkat Jering, Kamunting dan Simpang di Taiping.

 

Media Baharu