fb fb fb fb fb

13 terperangkap kepala air di Maran diselamatkan

(Bomba menggunakan personal floating device dan tali
dengan teknik River Crossing, bagi menyelamatkan mangsa/FOTO FB BOMBA PAHANG)



MARAN, 15 Mei- 13 individu daripada dua keluarga berdepan detik cemas apabila dikejutkan dengan kejadian kepala air di Lubuk Ujik Taman Che Minah Sayang, Maran.

Bagaimanapun mereka yang terkandas di seberang sungai, diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, 13 mangsa yang terkandas berjaya diselamatkan dalam kejadian itu.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung kejadian, pada pukul 2.07 petang tadi.

 

(Kejadian melibatkan keseluruhan 13 orang mangsa iaitu
masing-masing 3 orang lelaki dewasa, 3 wanita dewasa dan 7 kanak-kanak/ FOTO FB BOMBA PAHANG)


Bertindak atas laporan, enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran bersama kekuatan tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Pihaknya menggunakan personal floating device dan tali; dengan teknik River Crossing, bagi menyelamatkan mangsa.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 4.10 petang tadi.

Berdasarkan siasatan, mangsa dari Muadzam Shah, Rompin itu berada di Maran untuk melawat keluarganya.

Media Baharu