JOHOR BAHRU, 10 April- Seramai 12,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana, Johor Bahru, hari ini.
Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi tadi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum.
Turut berkenan hadir mencemar duli, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.
Datuk Onn Hafiz Ghazi ditemani isteri, Sharmin Shukor.
Antara Exco kerajaan negeri yang hadir, Aznan Tamin, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, Mohd Hairi Md Shah dan Ling Tian Soon, diikuti ahli-ahli Dewan Negeri.