fb fb fb fb fb

11 lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat

Hujan lebat berterusan sejak pukul 4 petang sehingga 6.15 petang tadi/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 14 Disember- Sebanyak 11 lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pukul 4 petang sehingga 6.15 petang tadi.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan lokasi terjejas membabitkan Jalan Rosmerah Utama; Jalan Setia 10, Setia Indah; Jalan Mutiara Emas Utama; Jalan Mohd Amin 7 dan ⁠Jalan Setia 11, Setia indah.

"Lokasi lain iaitu Jalan Dato' Sulaiman; Jalan Harmonium 24; Jalan Datin Halimah; ⁠Jalan Skudai; Jalan Tampoi dan Kampung Ubi," menurut MBJB dalam satu kenyataan malam ini.

MBJB memaklumkan Skuad Kilatnya telah digerakkan untuk membuat kawalan lalu lintas, mengalihkan halangan, memeriksa lubang air tersumbat serta lain-lain bantuan.

Pengguna jalan raya dan penduduk bandar raya ini turut diminta untuk sentiasa berhati-hati dan memastikan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.

Bagaimanapun, hujan sudah berhenti di beberapa lokasi sekitar bandar raya dengan paras  air banjir kilat itu mulai surut.

ZEHRA BINTI ZAMBRI